Monday, May 26, 2008

Pengajaran daripada 3 penampar

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya.

Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!

Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan
saya.

Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Allah.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan 1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya? 2. Apakah
yang dinamakan TAKDIR? 3. Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang
dibuat dari api,tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah
Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu sebyk 3 kali dengan amat kuat.

Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa pak imam marah kepada saya?

Pak Imam : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada
saya.

Pemuda : Saya amat tidak faham...??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!!

Pak Imam : Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda : Ya....!

Pak Imam : Tunjukan pada saya ujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?

Pemuda : Tak boleh pak imam...!!!

Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa
mampu melihat kewujudanNya.

Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?

Pemuda : Tidak....!!?

Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak....!!!? Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!

Pak Imam : Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?

Pemuda : Kulit dan daging...!!!

Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu...?

Pemuda : Kulit dan daging....!!!??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit dan pedih....!!!?

Pak Imam : Itulah...! Walaupun Syaitan dibuat dari api dan Neraka dibuat dari api, Jika Tuhan berkehendak Neraka
maka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan....walaupun sama unsur asalnya...!!

Akhirnya biji benih itu dimakan Ayam

Dua biji benih jatuh ke tanah yang subur. Biji benih pertama berkata; “aku nak tumbuh dan membesar. Aku mahu julurkan akarku jauh ke dalam bumi dan tubuhku memanjang menolak tanah hingga keluar ke permukaan bumi. Aku mahu rasai kehangatan cahaya matahari dan kedinginan titisan embun di pagi hari yang berjatuhan ke kelopak bungaku.” Biji benih it uterus tumbuh lalu membesar, menjengukkan mukanya melihat dunia dan merasai dinginnya titisan embun.
Biji benih yang kedua yang jatuh ke tanah pada hari yang sama pula berkata; “aku takut. Kalau aku julurkan akarku ke dalam bumi, aku tidak tahu apa masalah yang bakal menimpa di tempat yang gelap itu. Kalau aku menolak-nolak tanah yang keras dia atas tubuhku, mungkin aku akan mencederakan batang tubuhku sendiri.
“Apa jadikalau aku buka kudupku, tapi kemudian dimakan cacing? Kemudian bila aku kembangkan kuntuman bungaku yang mekar, tiba-tiba datang seorang budak nakal lalu memetikku. Ah, menyusahkan! Tidak, aku tidak mahu tumbuh hingga keadaan benar-benar selamat.”
Biji benih itu terus menunggu hari yang difikirkan sesuai, dengan perasaan takut dan ragu-ragu. Tiba-tiba datang seekor ayam mengais-ngais tanah. Haiwan itu terus mencatuk biji berkenaan kerana terlalu lapar.
Mohd Fazli Husin

Tuesday, May 20, 2008

Hurry Up!!! Your Result already come out..

Dear SSK1, SSK2, and DENT2 Student.

I've already uploaded your final result for my subject SSK0302 (PC Environment) and SSK1101 (Computer Basic's). By the way, this result is an unofficial result because its not discussed in examination committee meeting yet and some changes will be make (if any) after the meeting. So... lets check it out by clicking the link below. you will directed to the result in PDF format file.

SSK1101 (Basic Computer's) DENT 2 - www.savefile.com/files/1565009

SSK0302 (PC Environment)
SSK 1 - www.savefile.com/files/1565012
SSK 2 - www.savefile.com/files/1565020