Monday, May 26, 2008

Akhirnya biji benih itu dimakan Ayam

Dua biji benih jatuh ke tanah yang subur. Biji benih pertama berkata; “aku nak tumbuh dan membesar. Aku mahu julurkan akarku jauh ke dalam bumi dan tubuhku memanjang menolak tanah hingga keluar ke permukaan bumi. Aku mahu rasai kehangatan cahaya matahari dan kedinginan titisan embun di pagi hari yang berjatuhan ke kelopak bungaku.” Biji benih it uterus tumbuh lalu membesar, menjengukkan mukanya melihat dunia dan merasai dinginnya titisan embun.
Biji benih yang kedua yang jatuh ke tanah pada hari yang sama pula berkata; “aku takut. Kalau aku julurkan akarku ke dalam bumi, aku tidak tahu apa masalah yang bakal menimpa di tempat yang gelap itu. Kalau aku menolak-nolak tanah yang keras dia atas tubuhku, mungkin aku akan mencederakan batang tubuhku sendiri.
“Apa jadikalau aku buka kudupku, tapi kemudian dimakan cacing? Kemudian bila aku kembangkan kuntuman bungaku yang mekar, tiba-tiba datang seorang budak nakal lalu memetikku. Ah, menyusahkan! Tidak, aku tidak mahu tumbuh hingga keadaan benar-benar selamat.”
Biji benih itu terus menunggu hari yang difikirkan sesuai, dengan perasaan takut dan ragu-ragu. Tiba-tiba datang seekor ayam mengais-ngais tanah. Haiwan itu terus mencatuk biji berkenaan kerana terlalu lapar.
Mohd Fazli Husin

No comments: